Followers

Saturday, December 26, 2009

Awet Muda Dan Kecantikan Hakiki!!




Tahukah anda bahawa mereka yang hidup dalam gaya serba sederhana atau kekurangan material lebih mampu untuk merealisasikan kehidupan ini ke arah yang lebih sempurna?




                                      Walaupun tiada kereta mewah atau rumah yang besar dan cantik,
 namun mereka inilah yang menceriakan kehidupan orang-orang yang berada di sekelilingnya.


Cubalah tanyakan kepada mereka apa yang membuat mereka sentiasa tersenyum dan ketawa?

Aku sering terkenang kehidupan lalu bersama ibu bapaku. Keluargaku yang penuh kedhaifan, adik-adik yang ramai dan memenuhkan kediaman kami yang kecil. Tetapi kehidupan kami amat gembira setiap hari, malahan tidak pula kecundang dalam menggapai impian masing-masing.




Rahsianya adalah terletak pada hati yang bahagia. Berilah hati yang bahagia kepada orang lain, kelak kebahagiaan yang datang adalah berganda.


Hati akan sentiasa bahagia jika sudi berkongsi dengan orang di sekeliling kita. Berbuat ramah dengan jiran dan saudara-mara, ikhlas dan jujur tanpa rasa iri hati. 


Tersenyumlah selalu kerana itu adalah petua awet muda dan kebahagiaan hati akan menyerlahkan kecantikan yang hakiki.








No comments:

Post a Comment