Followers

Friday, December 18, 2009

Mencari Bahagia



Sepuluh Strategi
Untuk Gembira

*Pilih untuk gembira
Kita berhak memilih sama ada mahu hidup gembira atau sebaliknya. Kegembiraan tidak hadir tanpa dikenalpasti sumbernya.Kemahiran perlu dicari  seperti kemahiran mengurus diri, kebolehan berinteraksi  serta kaedah meningkatkan kualiti kerja.
Pilih persekitaran  dan sahabat yang positif yang  membuat anda gembira.


*Pilih perasaan syukur
Kesyukuran  itu perlu hadir dalam hati dan bukan hanya pada kata-kata sahaja.
Syukurilah nikmat yang kita perolehi jika dibandingkan dengan orang lain yang serba kekurangan.

*Amalkan sikap pemaaf
Maafkanlah kesilapan orang lain pada kita. Ini dapat mengurangkan ingatan kita terhadap insiden pahit  yang merangsang perasaan marah dan kecewa.

*Lawan pemikiran negatif
Pemikiran negatif umpama sampah di dalam otak. Kita perlu belajar mengawal  dan membuang pemikiran negatif, kerana ia boleh merosakkan persahabatan.

*Tambah sahabat
Antara penawar kesedihan ialah mempunyai sahabat baik yang sentiasa mengambil berat.
Kehadiran sahabat adalah salah satu faktor jangka hayat seseorang lebih panjang.

*Sentiasa berbuat baik
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang diberi, ia boleh  membuatkan sipenerima dan pemberi
merasa gembira.

*Sertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan
Pilih aktiviti yang sesuai dengan minat anda, tetapi lebih kepada memberi  manfaat bersama kepada orang lain dan persekitaran. Contoh kegiatan keagamaan, menyertai badan kebajikan dan persekitaran .

*Jangan lokek dengan senyuman
Berilah pujian dan senyuman  walau pun ke atas perkara kecil yang boleh membuat seseorang  berasa senang hati dan bahagia. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk merapatkan hubungan sesama insan.

*Bersenam
Senaman bukan sahaja baik untuk badan, tetapi menjadi terapi anti depressi paling berkesan bagi jangka pendek dan jangka panjang.

*Wang bukan segalanya
Wang boleh merangsang kegembiraan . Tetapi bukan semua kegembiraan  boleh diperolehi dengan wang.

Sumber:
[Reena Zolkeplee,Mencari Bahagia,m/s76-77,MIDI,Penerbit Karangkraf.com,1Dis2008]


No comments:

Post a Comment