Followers

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431-semoga ketibaannya menghadirkan kewangian dalam hidupmu!



KEMULIAAN BULAN MUHARRAM

Muharram – yang diharamkan atau yang dipantangkan
Bulan ini umat Islam dilarang berperang atau menumpahkan darah, berlangsung sampai permulaan Islam.
Khalifah Umar bin Al-Khattab  berpendapat peristiwa hijrah Rasulullah SAW  dari Mekah ke Madinah merupakan  permulaan tahun baru Hijrah, dan diterima oleh para sahabat.

10 Peristiwa penting pada 10 Muharram
·        Taubat Nabi Adam as. Diterima oleh Allah SWT
·        Nabi Idris as. Diangkat ke Syurga
·        Nabi Nuh as. Diselamatkan dalam pelayarannya
·        Nabi Ibrahim as. Diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud
·        Nabi Yunus as. Dikeluarkan dari perut Ikan Nun
·        Kesalahan Nabi Daud as. Diampuni oleh Allah
·        Nabi Yusuf as. Dibebaskan dari penjara
·        Nabi Ya’kub as. Dapat melihat kembali
·        Nabi Ayub as. Disihatkan dari penyakit kulit
·        Laut Merah terbelah dua menenggelamkan Firaun

Amalan  yang dianjurkan pada Bulan Muharram
·        Membaca doa awal tahun  pada 1 Muharram  selepas menyempurnakan solat Maghrib


·        Berpuasa sunat pada 9, 10 dan 11 Muharram

@  puasa utama selepas puasa bulan Ramadhan
@  menghapuskan dosa setahun yang lalu
@  mendapat 30 kebajikan  setiap hari berpuasa


·        Bersedekah – pahala seolah-olah ia tidak pernah menolak  permintaan orang yang meminta selama hidupnya


·        Mandi Sunat – terhindar dari penyakit pada tahun itu kecuali mati



·        Menyantuni Anak Yatim – pahala seolah-olah ia menyapu kepala seluruh anak yatim di muka bumi


·        Menziarahi Orang Sakit – pahala seolah-olah ia menziarahi seluruh orang sakit di muka bumi


·        Mengerjakan Solat Sunat Muharram pada 10 Muharram

@  4 rakaat 1 salam tanpa Tahiyat Awal
@  dilaksanakan waktu malam ketika Qiamullail
@  dilaksanakan waktu siang bukan pada waktu yang diharamkan solat
@  membaca surah Al-Ikhlas 51 kali setiap rakaat selepas Al-Fatihah

(Rahsia & Amalan Bulan Islam Muharram-Zulhijjah)
Kasmuri Selamat Ma – Darul Nu’man




No comments:

Post a Comment