Topik 7 : Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani
Soalan 1
a) Definisi apakah pendekatan pembelajaran?
b) Cirikan pendekatan tradisional.
c) Terdapat 3 kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan . Nyatakan kemahiran tersebut.
Jawapan 1
a) Pendekatan merupakan pelbagai sumber latihan dan prinsip yang menjadi pegangan dalam sesuatu pengajaran. Pendekatan merujuk kepada cara untuk mencapai objektif jangka panjang dalam satu mata pelajaran.
b) Ciri-ciri pendekatan tradisional:
· Kurikulum ditetapkan
· Mengutamakan pengajaran
· Guru menentukan tugasan
· Tugasan yang sama untuk semua pelajar
· Guru menentukan ujian piawai
· Mengukur p&p mengikut gred
· Berfokuskan guru
c) Tiga kemahiran yang perlu dikuasai guru berhubung kait dengan kaedah perbincangan:
· Kemahiran menyoal
· Kemahiran mengurus aliran maklumat atau jawapan
· Reaksi terhadap soalan pelajar
Soalan 2
a) Definisikan kaedah.
b) Nyatakan ciri-ciri pendekatan.
c) Terdapat pelbagai pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Perihalkan 3 pendekatan yang biasa digunakan iaitu pendekatan Tradisonal, pendekatan Humanistik dan pendekatan Gabungan.
Jawapan 2
a) Kaedah merupakan suatu perancangan atau prosedur dalam melaksanakan satu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik. Erti kata lain kaedah merupakan cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang tersusun dan teratur.
b) Ciri-ciri pendekatan:
· Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka masa panjang
· Pendekatan berdasarkan teori dan model pengajaran
· Merangkumi gaya, kaedah dan teknik yang akan digunakan
· Bersifat aksiomatik, iaitu diterima tanpa keraguan
· Mencerminkan satu falsafah
c) Tiga pendekatan yang biasa digunakan ialah:
i) Pendekatan Tradisional
o Menggunakankan prinsip pengajaran tradisional
o Guru memberi arahan dan pelajar mengikut arahan
o Pembelajaran sehala
o Guru sebagai pengajar
o Kebaikan ialah mudah dirancang dan diurus
o Sesuai diaplikasikan dalam kegiatan berisiko tinggi atau kemahiran khas
Ciri-ciri:
o Kurikulum yang ditetapkan oleh kemementerian pelajaran
o Mementingkan pengajaran
o Guru menentukan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar
o Tugasan yang sama diberikan kepada semua pelajar
o Guru menentukan ujian piawai
o Mengukur pengajaran dan pembelajaran mengikut gred
o Berfokuskan guru
ii) Pendekatan Humanistik
o Menumpukan kepada apa yang berlaku dalam diri seseorang
iaitu perasaan atau emosinya
o Menekankan cara berfikir, pengamatan dan interpretasi individu
terhadap sesuatu atau peristiwa
o Kuasa motivasi seseorang ialah kecenderungannya untuk berkembang serta
mencapai hasrat diri
o Menitikberatkan perkembangan secara bebas, iaitu pelajar bebas belajar apa yang dikehendaki dan ingin diketahui.
o Guru sebagai fasilitator yang memberi motivasi tentang kepentingan belajar serta merangsang proses pembelajaran di kalangan pelajar
Ciri-ciri
o Guru menentukan kurikulum sendiri dan murid menetapkan matlamat untuk membuat pilihan dan bertindak
o Mementingkan pembelajaran
o Murid menentukan tugasan sendiri
o Tidak mementingkan ujian piawai
o Gred bukan pengukur pengajaran
o Guru berperanan mencungkil potensi murid, memberi galakan dan maklum balas perlakuan aktiviti
iii) Pendekatan Gabungan
o Menggabungkan pendekatan Tradisional dan Humanistik.
o Diaplikasikan berdasarkan kandungan dan risiko mata pelajaran, keadaan persekitaran serta ciri-ciri pelajar
o Guru perlu membuat analisis keadaan fizikal, ciri pelajar dan jenis risiko sebelum memilih gaya, kaedah dan teknik p&p
o Digunakan secara meluas di Negara kita
Ciri-ciri
o Kurikulum ditentukan oleh kementerian tetapi guru masih boleh mencapai objektif kurikulum dengan cara sendiri
o Guru memilih kaedah p&p berdasarkan kesesuaian pelajar dan kurikulum
o Guru menganalisis ciri-ciri pelajar sebelum memberi tugasan mengikut keupayaan pelajar
o Ujian berasaskan ciri-ciri pelajar
o Pelajar dan sekolah mempunyai ruang untuk menilai diri sendiri
o Memperluaskan penilaian gred dengan mempelbagaikan kayu pengukur, penilai dan bentuk ujian
o Guru berperanan sebagai fasilitator atau pengajar mengikut keperluan objektif.
No comments:
Post a Comment