Followers

Thursday, July 1, 2010

Selamat Pengantin Baru Rita Aulia & Mohd Hamizan!

Siapa menyangka ya dapat menghadiri majlis perkahwinan bekas pelajar sendiri.
Lebih istimewa apabila kedua-duanya adalah bekas pelajarku dan belajar sekelas pula.
Sesungguhnya jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Allah belaka.

Wajah bahagia Rita Aulia di hari persandingannya

Rita Aulia dan Mohd Hamizan selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu 12 Jun 2010 bertempat di Masjid Kg Pandan 2 Kuantan Pahang.
Manakala majlis bertandang diadakan seminggu selepasnya di kediaman keluarga Mohd Hamizan iaitu di Terengganu.

Pelamin nan indah menyambut mempelai


Rita memilih warna bendera negeri Pahang iaitu hitam putih sebagai tema majlis perkahwinannya.
Semuanya hitam putih sehingga ke kamar beradu pengantin.
Aku mendapat cenderahati dan bunga telur dari pengantin perempuan yang berwarna hitam putih juga.
Sungguh meriah dan istimewanya menjadi raja sehari ya!

Bilik pengantin yang harum dan romantis

Mengimbas kembali nostalgia sebaik menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru, pada tahun 1995 aku telah ditempatkan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar, Jalan Gambang Kuantan Pahang.
Di sekolah inilah aku mengajar Rita Aulia dan Mohd Hamizan, sewaktu itu mereka belajar di Tingkatan Dua.
Aku sebenarnya ingat-ingat lupa wajah Hamizan kerana dia agak pemalu dan pendiam di dalam kelas.
Tetapi aku sangat rapat dengan Rita Aulia di sekolah kerana dia sangat manja, suka bercerita dan berbual-bual denganku.
Sebaik sahaja Rita melanjutkan pengajiannya di Terengganu aku telah berpindah mengajar ke kampung halamanku di Kelantan. Namun Rita sering mengutus surat kepadaku serta menelefon bertanyakan khabar.
Apabila Rita menyambung pengajiannya di Sabah kami terputus hubungan seketika.
Tetapi hubungan kami bertaut semula sejak Rita kembali ke Kuantan dan bekerja.

Naskah Cinta dari Rita buat suami


Aku memang tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri majlis perkahwinan Rita sebaik sahaja menerima kad undangan perkahwinannya.
Kebetulan sekali tarikhnya adalah bertepatan dengan cuti pertengahan penggal sekolah.

Wajah pengantin yang ceria sewaktu makan beradap


Selamat Pengantin Baru buat Rita Aulia dan Mohd Hamizan!
Harungilah dunia berumahtangga dengan penuh keimanan dan ketaqwaan, semoga berupaya merangkul kebahagiaan sehingga ke hujung usia! Insyaallah!

2 comments:

  1. terima kasih cikgu!...tak sangka ita cikgu sudi berceloteh ttg kenangan kita di zaman persekolahan dulu....ita syg sgt2 kat cikgu....ita akan igt jasa cikgu hingga ke akhir hayat...amin...=)

    ReplyDelete
  2. Salam !! Begitulah bila menjadi guru, anak murid ada di mana-mana,seronok juga he he he~~~ tapi kalau fikirkan betapa ada yang sangat nakal ... sesak nafas kita dibuat mereka!! Bersyukur dengan apa yang kita ada.

    ReplyDelete