Followers

Monday, May 1, 2017

Alasan! Alasan! Alasan! Mengaku Je Awak Malas!

Kalau nak kenal perangai students nowadays ni rajin ke malas menulis, selalu-selalu lah  apply kat dalam kelas. Students lebih gemar beraktiviti dalam kelas, ada amali ada pergerakan, penyertaan berkumpulan gitew, semua cikgu pun tahu. Tapi cikgu ni ada jugak KPI untuk diri sendiri, nak capai itu, nak capai ini, especially buku nota dan buku latihan pelajar kena ada, kena buat, cikgu pun kena semak, kena cop jugak. Mudah cerita pelajar mesti menulis!

Students yang aku kenal 20 tahun lepas mungkin behave sikitlah rasanya, yang biadap tu mungkin tiada kot, seorang dua je tapi terkawal. Kalau beri kerja taat dan tekun menulis tanpa banyak tanya-tanya, Beri homework pun mereka buat dengan ikhlas je, sejuk hati bila menanda buku nota dan buku latihan diorang.

Tapi kalau students sekarang, cikgu yang kena siap sedia dengan tombak, perisai nak makankan mereka sebelum diorang makan kita.
Aku selalu test diorang melalui arahan sahaja, on the spot dah boleh nampak yang mana terus pegang pen, yang pandang kawan kiri -kanan, yang melangut, yang bercakap tak habis-habis, yang merungut, macam-macam. Yang nak mengajar kita pun ada, haha.

‘Cikgu nak beri awak teknik mudah hafal simbol-simbol komponen elektronik. Langkah pertama sediakan rangka jadual macam ni.'  Aku lakar sedikit di papan putih.

‘Ada 12 simbol lukis satu-satu dalam 12 petak ni dan tulis nama komponen. Guna kedua-dua buku teks dan buku rujukan, maklumat semua ada, cari dan apply kat jadual, 40 minit boleh siap.’ Aku siap beri arahan. Cakap banyak memang tak guna dengan diorang ni, nanti kena gelar cikgu meroyan, tak naklah aku! Diorang pay attention pun 5 minit jer pastu kepala otak masing-masing dah naik Lrt sampai KL dah!

‘Cikgu! mukasurat berapa?’ Kedengaran bertanya.

‘Buka muka depan cari isi kandungan, kat situ ada sertakan bab, tajuk dan mukasurat sekali. Berulangkali dah cikgu cakap ni, belajar cari sendiri mukasurat buku.’Aku memujuk.

‘Cikgu! Banyaknya nak kena buat.’Yang lain mula buka mulut.

'Pinjam pembaris jap!'Kedengaran lagi.

'Banyakla cikadak kau, pembaris pun nak pinjam, belilah, kau banyak duit, mak kau kan Lawyer!!'Amboi sempat mengata lagi sesama kawan.

‘Cikgu! Penatla tadi cikgu BM suruh buat essei kat kelas, cikgu pun suruh tulis jugak!' Menyampuk yang lain.

‘Lukis dulu baru tahu penat ke tak, ni satu pun belum lukis lagi.’ Aku pujuk hati sendiri sebenarnya.
Huhuhu!Sabarlah cikgu! Dah memang  telatah pelajar, macam ini, cikgu kena  layan setiap hari.
Students memang suka try cikgu, mana tahu jerat mengena, dan mereka tak perlu menulis!

Sepuluh minit berlalu, aku bangun dan bergerak berlegar-legar dari meja kumpulan 1 ke meja kumpulan 2, nak pastikan selama  tempoh tersebut apakah  yang diorang tulis,
Dan hasilnya seperti yang dijangka, yang banyak songeh bertanya itu ini, yang suka mengajak cikgu melengah-lengahkan masa, yang banyak memujuk cikgu, yang suka nak try cikgu..haha yang inilah yang buat baru separuh jalan, yang baru terhegeh-hegeh nak lukis rangka jadual, yang tersengih-sengih macam kambing mabuk buah manggis kerana belum menulis apa-apa pun!

Dan apa lagi, wajah-wajah inilah jugak yang menyeringai bila jari-jari aku singgah ke lengan mereka dan membuat pusingan u sambil tersenyum!

Hahaha! Padan muka! Balik rumah nanti sapu minyak, kalau tak, lebam 3 hari!

Refleksi : kalau awak malas, mengaku jer, jangan beri alasan!


Kempen Minggu Membaca 2017 peringkat SMK Abdul Samad








No comments:

Post a Comment