Followers

Saturday, May 13, 2017

Hasrat Hati Nina!

Anakku Nina lahir 7 tahun selepas kakaknya Amy dilahirkan. Jarak umur yang jauh dan agak sukar untuk menyesuaikan mereka dalam banyak perkara. Bila bermain pun selalu tak kena. Tak serasi. Kemudian kepada akulah mereka saling mengadu bila tak sefahaman. Tapi bila hilang dari mata, Nina selalu bertanya Amy pergi mana? Amy pun macam tu, balik sekolah aje tanya Nina mana?

Sekarang Nina dah 6 tahun. Amy pula naik Tingkatan Satu, aku izinkan dia tinggal di asrama sekolah. Temankan kakaknya Balqis yang Tingkatan Empat.
Tinggallah kami berempat sahaja di rumah (Abah, Mama, Ateh dan Nina). Bila petang Khamis baru terasa rumah ini kembali berseri apabila kakak-kakak dan abang-abangnya pulang sekali sekala memeriahkan suasana.

Semasa nak masuk asrama awal tahun baru-baru ini, Amy kumpulkan barang-barang kesayangannya dalam sebuah kotak teddybear dan tulis nota kat atas 'Barang-barang Amy. Jangan main ya. Kalau ambil pulangkan balik. Yang Benar, Amy." 😀😀😀 hihihi.

Aku perasan Nina suka sangat buka kotak tu dan keluarkan semua barang, belek satu persatu, lepas tu dia masukkan balik dalam kotak. Hehe, ni mesti ada sesuatu yang dia berkenan tu.

Suatu hari Nina cakap kat aku, 'Amy ni dah beli barang-barang (aku faham maksud dia barang dalam kotak tersebut) dia tak guna pun, dia nak guna bila ma?"
"Nanti Amy balik rumah, dia guna la, duduk asrama tak boleh bawa semua barang."
"Tapi masa Amy balik tu, Nina tengok dia tak guna pun!" Haha,dah lama buat pemerhatian ni.
"Ma dah tengok ke barang-barang Amy dalam kotak?" Nina menyambung.
"Ma tengok dah, kenapa?"
Aku memang dah selalu tengok  sebab hari-hari Nina buka kotak tu dan keluarkan, macam barang hiasan dan alat tulis je semuanya.
"Buah epal tu cantikla ma!" Nina buat muka comel. Hahaha... Kaaannn..Rupanya dia dah analisis  semuanya dan siap rumusan sekali..hehe..
"Semua tu kan barang Amy, hadiah dari kawan-kawan Amy. Nina berkenan ke?"
"Nina cakap cantik aje, tapi Nina tak boleh guna pun. Kalau pensil warna tu betullah Nina boleh guna!" Hehehe  pandainyaaa.
"Petang nanti kita pergi Kedai Buku Banggol beli pensil warna nak tak?"
"Yeayy! Nina baru nak cakap pensil warna Nina dah pendek-pendek, warna biru dan merah tu dah hilang. Tapi Ma macam tau-tau. Ma ni magic betul!" Hahah!

Magic lah sangat! Memang mama ni lah yang kemaskan pensil warna Nina! Pergi tadika ke, rumah atuk ke,  rumah sepupu ke beg sekolah mesti bawa tentulah pensil dah pendek-pendek dan hilang semua. Bila melukis tu sampai tertidur !

No comments:

Post a Comment