Followers

Monday, May 8, 2017

PT3 : Exam Lambat Lagi!

Sedar tak sedar masuk bulan Mei dah. Pada tahun 2017 ni telah diperkenalkan subjek baru Rekacipta Tingkatan Satu menggantikan Kemahiran Hidup Bersepadu. Tahun depan 2018 adalah penutup kepada PT3.
Selepas raya nanti, sebagai salah seorang Pentaksir Kawasan aku akan kembali sibuk untuk menghadiri taklimat dan mesyuarat pentaksiran PT3. Rasanya kami akan kembali panas punggung, bergegar cuping telinga, bengkak mata, bengkak dan pedih ulu hati membincangkan skema jawapan dan skrip jawapan pelajar. Rasanya macam tahun-tahun lepas la jugak. Bila baca skrip jawapan pelajar, seperti dapat diterima, dikira betul dan boleh diberi markah.Tetapi bila skema jawapan Lembaga Peperiksaan menolaknya, itulah yang membuat hatiku hancur relai..ehhh...relai gitew!..hehe.

Kadang-kadang menjadi guru adalah lebih mudah, (walaupun banyak part senak perut sebenarnya), berbanding menjadi seorang pentaksir atau pemeriksa ni. Menjadi guru seolah-olah aku berada di dalam diri pelajar itu sendiri, setiap patah jawapan pelajar itu guru faham dan cuba untuk faham walaupun kadangkala ia melencong sedikit ke, salah eja ke.

Namun apabila menjadi seorang pentaksir, tak kira lah pentaksir peringkat sekolah, daerah atau negeri sekalipun, kami terpaksa melupakan seketika tugas kami sebagai guru, mengasingkan seketika, menjarakkan sedikit pertalian dengan pelajar. Terpaksa melupakan pelajar-pelajar harapan guru, pelajar kesayangan sekolah, atau pelajar kelas-kelas juara. Itu pun kena mengambilkira target A pelajar dan target lulus pelajar juga.

Bagi pentaksir, skrip jawapan pelajar merupakan kayu pengukur kepada keupayaan pelajar menjejaki setiap pandu arah guru dan kemampuan menyerap setiap maklumat yang ada. Manakala maklumat yang diperolehi itulah nanti pelajar dapat apply pada skrip jawapan mengikut style masing-masing.
Perlu diingat, skrip jawapan pelajar bukan medium untuk mengukur keupayaan guru matapelajaran memberi guidelines kepada pelajar sepanjang tempoh memahami dan mencapai sesuatu teori, peristiwa, rumusan, analisa setiap sesuatu perkara yang hendak disampaikan. Jangan salah faham ya!

Lantaran itulah, aku selalu mengingatkan students aku supaya menulis jawapan peperiksaan mengikut apa yang diperlukan oleh soalan (sebab tu cikgu suruh uolls baca soalan berulang-ulangkali sampai faham). Jangan sesekali malas menulis dan menjawab setakat yang mahu ditulis sahaja. Pelajar tidak boleh membuat tanggapan bahawa selebihnya pentaksir memahami apa yang ingin disampaikan oleh pelajar. Dan yang lebih teruk lagi, pelajar mengharapkan pentaksir dapat membaca dan mentafsir apa yang bermain dalam minda mereka!

Contoh mudah di sini.
Pelajar tersebut tersangat haus dan beliau menulis,

'I wish to drink Coca-cola right now!'
Pentaksir akan memahami maksud tersurat bahawa beliau sangat teringin nak minum Coca-cola sekarang, tanpa cuba mencari maksud tersirat. Pelajar tidak boleh mengharapkan pentaksir akan meneroka apa yang ada dalam fikiran mereka serta membuat rumusan bahawa pelajar tersebut sangat haus.

Pelajar sepatutnya menulis,
'I am so thirsty right now! I wish to drink Coca-cola, and so on, bla bla!'
Barulah pentaksir akan memahami maksud yang tersurat bahawa beliau sangat-sangat haus dan dahaga.Pun di sini maksud tersirat juga sudah tiada.

Well! Well! Well! Peperiksaan PT3 akan berlangsung bulan Oktober 2017. Uolls masih ada banyak masa untuk get ready for ur exam okay! Tapi ingat ya, jangan berlengah-lengah, jangan berangan, jangan banyak main. Uolls kena mula dari sekarang!

Aku pun dah mulakan strategi pemantapan jiwa untuk calon PT3 tahun ni. Antaranya aktiviti rutin membaca Surah Yaasin sebelum memulakan sessi P n P. Mudah-mudahan dapat melembutkan hati-hati yang keras, membuka pintu hidayah dan kekuatan dalaman, meringankan setiap ruas anggota badan untuk rajin menuntut ilmu, menajamkan minda dan membasahkan lidah mereka dengan ayat-ayat suci Al-Quran. Aamiinn.





No comments:

Post a Comment