Followers

Wednesday, May 10, 2017

Salam Nisfu Syaaban!


Sambal Buah Pauh/Mangga

Bila ada cuti di pertengahan minggu, huhu.. nikmat nya memang lain macam. Seronok sungguh rasanya. Maklumlah dapat berehat seketika, besok sambung kerja balik. Tapi hari ini cuti kerana Hari Wesak, walaupun besok hari Nisfu Syaaban di negeri Kelantan tak cuti, kerja macam biasa. Takpelah kita anggapkan  cuti arini sempena besok Nisfu Syaaban okey..hehe😘😘😘

Hari ni aku memasak ikut menu sendiri, tak tanya suami atau anak-anak. Selalu ada juga tanya anak-anak nak makan apa? Abang nak makan apa? Jadi aku bergegas ke pasar dan beli apa yang aku terlintas nak makan saja, by the way petang nanti ada orang tu nak berbuka puasa, jadi masakkan sekali untuk beliau, haa..kaan!


Ikan dilumur dan basuh dengan air asam limau untuk hilangkan hanyir ikan (ehh..rasanya semua orang pun tau tak cakap pun takpe)


Musim buah mangga kat kampung aku tahun ini memang menjadi-jadi dan lebat buahnya


Pada mulanya aku bercadang nak masak Sambal Udang Petai tapi susah nak dapat petai sekarang, musim petai pun dah sampai penghujung agaknya





Akhirnya buat sayur goreng macam ni pun okay la jugak!


Teringat zaman sekolah dulu-dulu emak selalu buat sambal ikan dengan buah pauh ni. Emak akan bakar ikan atas bara api dapur kayu dan tumbuk dengan cili api (lada burung), aku balik sekolah terus buka saji aje dah terhidang nasi dengan lauk, sekarang ni zaman anak-anak aku balik sekolah tak buka saji dah, tapi diorang buka nasi bungkus, buka getah pengikat plastik ayam gulai bungkus, atau buka polistrin😭😭😭 cuma waktu aku memasak tu diorang terpaksa tunggu jugak baru boleh makan, bukan boleh buat magic buka saji dah ada nasi
macam aku pernah buat dulu!  Pengorbanan jugak tu. Anak-anak terpaksa bertolak ansur dalam part begini apabila ditakdirkan ibu mereka bekerja dan belum ada tanda-tanda akan bersara awal seperti aku! Hahah!



Ikan Masam Manis dah pun siap! 



Okey dah siap! Selamat menyambut Nisfu Syaaban ya. Ramai sahabat-sahabatku dah mula berpuasa sejak bulan Rejab lagi demi sama-sama merasai keghairahan menyambut kehadiran bulan Ramadhan nan mulia ini. Tinggal 14 hari lagi Ramadhan akan tiba, berdebar-debar pulak rasanya. Semoga Allah memberikan aku kesihatan dan kelapangan waktu serta memakbulkan doaku agar aku dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh ketenangan dan ketabahan. Aamiin.

No comments:

Post a Comment