Setiapkali berkunjung ke bandar Kuala Krai, aku tak pernah lupa menjengah ke tasik dan melihat kalau-kalau pokok Telipok (Water Lily) berbunga
Dan kali ini aku bertuah kerana dapat menyaksikan kuntum-kuntum Telipok yang kembang mekar
menghiasi tasik
Semasa kecil aku pernah menonton filem melayu Patung Cendana, dalam filem tu seniwati Latifah Umar berjalan atas air tasik tanpa tenggelam lantas memetik bunga Telipok seterusnya beliau mandi bunga, aku nampak bunga tu macam wangi dan harum sangat
Bila dapat lihat secara nyata, baru tahu rupanya bunga ini tidak berbau haha!!
Waterlily yang mekar di waktu pagi sahaja, bila petang ia akan tertutup kembali
Gambar yang last ni aku petik dari Pinterest, cantik juga kalau dibina kolam tepi rumah dan hiasi dengan pokok Telipok seperti ini
No comments:
Post a Comment